Pembubaran (1908–1922) Perang Uthmaniyyah di Eropah

Perang Itali-Turki

Pemberontakan Ilinden-Preobrazhenie

Pemberontakan Macedonia bermula pada tahun 1903. Lihat Pemberontakan Ilinden–Preobrazhenie.

Perang Balkan 1912-1913

Dua Perang Balkan berlaku pada tahun 1912 dan 1913, melibatkan tindakan lanjut menentang Empayar Uthmaniyah di Eropah. Liga Balkan berjaya menakluk Macedonia dan kebanyakan kawasan Thrace daripada Empayar Uthmaniyah, dan kemudian menghadapi pertikaian berhubung pembahagian wilayah. Albania mengistiharkan kemerdekaan daripada Empayar Uthmaniyah pada tahun 1912, selepas beberapa rusuhan dan pemberontakan. Ini mengecilkan lagi pegangan wilayah Turki di Eropah (Rumelia) ke garis sempadan sekarang di Thrace Timur.

Perang Dunia I

Perang Dunia Kedua (1914-1918) menjadi penyebab utama akan kejatuhan Empayar Uthmaniyah, yang mana secara rasminya tamat pada tahun 1922. Bagaimanapun, semasa perang Empayar Uthmaniyahberjaya menghalang Tentera Laut Diraja Britain dari mendekati Istanbul, menghentikan serangan Entente dalam Pertempuran Gallipoli (1915-1916). Walau bagaimanapun, di bawah syarat-syarat Perjanjian Lausanne (1923) membawa kejatuhan Empayar.[petikan diperlukan]